Showing posts with label Keluarga Saya. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Saya. Show all posts

Thursday, 7 April 2011

??? datang jupe saya 

Assalamualaikum...


Kenapa hari ni saya hepi sgt? hehehehe... Ari ni family saya datang jenguk saya kat UM ni. Eiii mcm duk hostel aje dtg jenguk2.  Sebenarnya, kebetulan ada urusan kat KL, jadi terus lawat saya. Lepas setel urusan, family saya terus dtg kat saya. Kebetulan masa tu dah tengah hari,.. Time 4 LUNCH!!! oye oye.. Sukanya saya. Dapat mkn free. Saya ajak family saya dtg mkn kat Fak Law sbb itu le tempat mkn terdekat dan mudah untuk saya ajak.  


Lepas dah dapat mkn tetibe, si bongsu nak pergi tandas. Alahai... saya bukan tau sangat Fak orang ni.. Saya tny org mana toilet terdekat, Ya Allah sgt jauh.. Si bongsu ni pula wat saya jadi kalut, "kak Long cepat... x leh tahan!!" saya pun  maraton la dekat Fak Law. Tapi lepas tu sempat lagi saya ajak si bongsu bergambar.

Yang kelakarnya, masa ni si bongsu duk risau x boleh makan nasi. Dia kata, " kita x makan nasi lagi ni, habislah." saya usik lah dia " xpelah x boleh mkn pun." hehehe muka dia dah cuak dah. Maybe lapar kut, sbb tu dia risau sangat.


Lepas lunch, saya minta nak amek gambar sume org. Ma mcm xmau sbb panas sgt waktu tu. Tapi layan juga le permintaan saya ni. Kesian sangat kut. Abah sempat bg semangat kat adik, " ha.. mana tau ambil gambar kat sini lepas ni masuk sini ambil akaun." 



Tapi abah ni duk jauh la pula. Kenapa agaknya???? Yg saya geram, masa nak amek gambo ma sempat lagi cakap, baru beli baju ni. Rupanya baju coklat tu baju baru.. Xpe, saya pun ada bagi kain nak buat baju kurung. Nanti nak wat pegi ngajo. Hahahaah Time nak berpisah memang x besh kan? Tapi dah tua, x payah lah wat drama air mata, lagipun saya dapat biskut diet. Ma cakap salah beli. Xpe lah saya makan aje lah. hahahah

Wasalam

Thursday, 17 March 2011

Allah panggil dah tuk

Assalamualaikum... http://www.emocutez.com


Dah lama saya x tulis kat nota kecil saya ni. Baru2 ni saya bizi dgn urusan keluarga. Tuk (nenek) meninggal dunia. Saya dapat berita ni masa saya duk kat KL. Kebetulan adik saya Kay dtg ke rumah saya dan nak tidur kat rumah saya. Adik saya call Kay masa Maghrib. Dia ckp tuk dah xde. Rasa macam x percaya. Lepas tu saya terus minta tolong kawan saya carikan tiket. Kebetulan dia duduk x jauh dari Hentian Putra. Lepas Isyak, saya dan Kay bertolak nak ke Hentian Putra.


 Masa nak beli tiket LRT, kawn saya call saya dan ckp tiket dah habis. Oh tidaaaak.. macam mana nak balik? Selepas tu dia ckp balik pagi esok la. Kalau balik pagi besok, x sempatlah dgn tuk. buat apa?? Pastu saya tekad nak balik juga. Kawan saya tu call lagi, dia cakap ada bas tapi sampai Dungun sahaja. Kalau macam tu jauh, sape nak amek kami kat Dungun? Tapi, x sampai beberapa minit, kawan saya beritahu ada bas ke Kuala Terengganu tapi pukul 10. Masa tu dah pukul 9 lebih. Kami pun beli tiket LRT. Masa duk tunggu LRT, tiba2 saya terfikir baik naik teksi lagi cepat. Saya dan adik terus cancel tiket LRT dan ambil teksi.


Pakcik teksi tahu bas kami pukul 10, jd dia mmg speed la. Tapi nak sampai dekat PWTC sangatlah jammed. Ada Matta Fair la. Pakcik tu cakap kalau lagi 4 minit teksi langsung x bergerak, jalan aje dari sini. Tapi teksi boleh juga la gerak. pakcik tu sangat baik dengan  kami, dia masuk ke tempat parking nak elak jammed. Alhamdulillah saya boleh naik bas.


Sampai kat rumah saya, terus saya pergi tengok jenazah tuk. Rasa macam x percaya. Saya dapat tengok urusan memandikan jenazah tuk. tapi x berani nak buat sebab takut x cuci. Xpe lah, biar anak2 tuk yang mandikan. Saya x menangis pun masa tahu tuk dah xde. Tapi bila nak cium tuk rasa sedih. Tapi saya x nangis juga, kesian tuk. Tuk selamat dikebumikan jam 10 lebih. Masa tu hujan renyai2. Tapi sekurang2nya urusan dah selesai.


Al-Fatihah buat tuk