Saturday 26 November 2011

Bersedia sambut Muharram 1433 Hijrah

Assalamualaikum...






Salam tahun Baru Hijrah. Beberapa jam lagi kita akan masuk ke tahun baru Hijriah, tahun 1433 H. Seperti biasa, kita mesti dah rangka apa penghijrahan yang nak dibuat.. Kalau yg blum ada lg plan 2, bek plan cpat2. Sbb kita memang perlukan penghijrahan. Btul x?? http://www.emocutez.com


Apakah amalan yang best nak buat sempena menyambut Muharram ni??


**BERPUASA. Berdasarkan 1 hadis, kalau kita puasa 1 hari dalam bulan Muharram = pahala 30 thun pose. ( Banyaknya pahala)
**AMALAN SUNAT, ZIKIR. Rajin2 lah buat keje amal ibadat. Ambik masa 5 minit aje.. ( saya??)
**DOA AKHIR TAHUN SLP ASAR
** DOA AWAL TAHUN SLP MAGHRIB
doa2 ni ada banyak dlm buku doa.. Tapi saya tolong kongsi juga.. hehehehe.. http://www.emocutez.com Saya minta maaf sbb x kongsi kelebihan baca doa2 ni.. nanti saya bagi rujukan.. Dun worry

Doa awal tahun

Doa akhir tahun

Baiklah, ini sahaja yang saya kongsi.  Kalau blogger sekalian  berminat nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca banyak lagi. Pasal peristiwa bulan Muharram pun ada. Wassalam

Wednesday 12 October 2011

Majlis Konvo 2011










Assalamualaikum... Ada x yang rindu saya???? http://www.emocutez.comMacam x nampak pon. Walaupun saya x ada yang rindu tapi saya rindu nak menulis blog ni.http://www.emocutez.com Memang dah berkurun lama saya x aktif. Almaklumlah kemalasan sedang melanda.. Jangan ikut taw.... x nak.. x nak.. x suka..


Dah konvo dah..
Alhamdulillah.. baru2 ni tanggal 5 Oktober 2011 saya telah sah sebagai Mahasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya. Sebenarnya saya x sangka akhirnya saya berjaya juga pegang segulung skrol (UM bagi skrol taw). Sebelum ni masa kecik2 saya selalu fikir, " layak ke aku masuk U?" Alhamdulillah saya memang layak. http://www.emocutez.com Saya bukan nak gah tapi saya nak kongsi betapa saya hepi pada hari tu. Bukan saya aje taw!! Kawan2 saya pun memang ceria sangat.




Bukan senang nak belajar dan berjaya tapi bukan alasan untuk tidak mahu berjaya. Kata2 ni ikhlas dari saya sebab bila kita sendiri yang rasai nikmat berjaya, Wahhhhh !!! http://www.emocutez.com Betapa seronoknya sampaikan saya hanya boleh jerit macam tu. 1 kepuasan yg sangat hebat sbb kita usaha sendiri dan bkn tipu2... ( tiru exam)http://www.emocutez.com
Buat adik2 yang masih lagi belajar, berusahalah.. sebab kita x tahu apa hadiah yang kita bakal dapat melalui usaha. Jangan lupa juga berdoa kepada Allah sebab apa yang ada sekarang ni pinjaman semata-mata. Jadi kita try minta kat Allah, harap2 Allah nak bagi pinjam kat kita. Amin..


Kalau nak tahu, semalam baru aje hantar jubah konvo kat UM. Pagi ni baru sampai kat rumah. Lega dah setel 1 bahagian, tinggal nak isi borang posting. harap sangat dapat posting cepat2... http://www.emocutez.com Tolong doakan saya ye??? Terima kasih kepada yang sudi doakan....


Setakat ni coretan yang tak tahu hujung dan pangkal... yang penting motifnya ' I'M HAPPY COZ I'M GRADUATE' Wassalam http://www.emocutez.com

Friday 29 July 2011

Hari Terakhir di KL

Assalamualaikum.. Dah lama saya tak mencoret di sini. Banyak perkara yang nak disetelkan. Alhamdulillah Allah bantu saya dan mudahkan saya setelkan segala urusan. Saya berjaya buat praktikal dan setelkan report praktikal walaupun jiwa sangat kacau. Saya boleh join program dan setelkan report dan alhamdulillah pihak HEP luluskan report tu... Bukan senang tu...


Sebelum pulang ke kampung halaman, saya habiskan masa dengan kawan saya dan pergi shopping. Saya ni student lg, jd shopping pun sekadar mampu tp saya puas. Yg saya plan nak beli sebenarnya lain, tapi terbeli pula menda lain. Jd, TERRRRRlari lah bajet saya. Oh tidaaaaakkkkk pembaziran telah berlaku. Sape suruh tak ikut bajet?????  Mula2 sekali saya cari shawl kaler biru, dannnnn saya jumpa yg saya berkenan. Tapi bila nak cari yang kaler oren, amatlah susah. Nak oren yang ala2 merah tapi jumpa yg kusam. Nasib baik kawan saya ni sorang penyabar, dia ajak saya cari kat kedai lain. Inilah hasilnya...
Shawl biru dan oren

Kemudian, saya ikut kawan saya cari kerongsang mak dia. Niat di hati tak mau beli pun sebab mcm tak perlu lagi sebarang kerongsang. Saya jalan2 ikut dia sambil belek2. Tapi nak dijadikan cerita, saya terpandang kerongsang yang cute.. Terus terjatuh hati dan terasa susah nak pilih. Tup2 saya beli juga 2 kerongsang cute tu... Puasnya hati saya.

Kerongsang kiut saya


Yang part last ni, sebenarnya saya dah hampir kecewa sebab saya dah jumpa design yang disukai, tapi kaler pula tak berkenan. Ada yang kalernya cantik, saiz pula yang besar, tak sesuai dengan saya yang saiznya tak cukup.. (sedar diri ini) Masa nak naik LRT tu, saya jenguk la satu tempat, alangkah hepinya saya jumpa juga yang saya berkenan. Saya minta murah, tapi takat tu aje penjual nak bagi. It's ok, I buy. Meh tengok apa yang saya beli.
Handbag yang simple 
Dan, saya dan kawan saya pulang dalam keletihan. Lepas ni nak packing barang nak balik kampung pula. Terima kasih Che Nad sebab bagi memori terakhi yang baik. Assalamualaikum.


Sunday 29 May 2011

Kenapa pedih??

Assalamualaikum.


Sudah lama x post apa2. Saya bizi berubat hati dan dan duk praktikal. Hahahaha sekarang ni saya kena banyak ketawa. Ni dah masuk seminggu saya duk ubat hati. Susahnye kan? Saya x sangka sebegini susah. Saya harap sangat luka ni cepat baik sbb pisau ni pisau beracun kut. Sbb tu parah sangat. Saya selalu ingat dia bila saya berasa keseorangan. Dia yg pertama.. sbb tu saya sangat terasa.


Punca?? jangan tanya saya puncanya sbb saya x paham sgt puncanya. maybe hubungan kami terlalu lama. Maybe ada kesilapan yang saya buat tp dia x mahu ckp. Tapi, saya memang ada berharap sesuatu... Biarlah rahsia..


Simbolik kisahku


Kawan saya cakap saya kuat. Saya kena kuat sbb saya nak buat praktikal yg terbaik. Biarlah ni jadi masalah sampingan. Saya x boleh doakan kebahagiaan dia atau kesejahteraan dia. Saya sgt marah pada dia sbb buat saya mcm ni. Sia2 bg kesetiaan tapi slamber aje buat gini. Allah akan balas padanya nanti Itu yg saya tahu. Buat baik dibalas baik, bat jahat dibalas jahat.




Sunday 15 May 2011

Kuatnya Rindu ini..

Assalamualaikum... Apa khabar semua?? http://www.emocutez.com


Saat posting ni dihantar, saya tengah rasa sunyi mcm nak nangis http://www.emocutez.com. Actually, saya duk jauh dari kawan2 saya skrg ni. Mcm jauh dri family pulak. Rasa sgt nak balik. HUHUHUHU... I feel lonely... http://www.emocutez.com


Disebabkan rasa sunyi, saya pun msg2 dengan adik saya. Duk ngadu nak balik.


Tapi tempat baru ni bkn x best. Cuma suasana baru kut. Bukan saya sorang rasa mcm ni tp kawan2 saya pon sama. Tadi duk usha kat facebook sume duk sedih nak tinggal kawan2. X sangka ikatan kami ni kuat.


Sebelum datang kat tempat baru ni, saya memang rasa susah tidur duk pikir mcm mana dengan tempat baru, kawan baru dan... yg paling penting takut sangat nak berpraktikal sok http://www.emocutez.com. Selamat berjaya kat saya!!!! Kena bagi semangat sikit sbb hati tengah kosong dan kesunyian http://www.emocutez.com.


Lepas ni nak balik KL selalu. Rindu kat teman2. Dah 3 tahun bersama2. Mesti rasa sedih bila jauh. macam adik-beradik dah kami ni. Betul.... saya serius sangat ni.
Kawan-kawan vista saya
Xpe la... nak say tatatata... http://www.emocutez.com








Sunday 1 May 2011

Rumah Sewaku

Assalamualaikum...


Pertengahan bulan Mei ni, saya kena praktikal kat Shah Alam. Sgtlah susah cari rumah sebab deorang x mau student. Saya susah hati sgt sampai ma dan abah pun susah hati.http://www.emocutez.com Ari Jumaat ari tu, partner praktikal saya ajak tengok rumah yang kwn saya tolong cari. Saya pergi dengan penuh harapan dan semangat sebab nak tahu sangat mcm mana rumah tu. Ok ker? Selesa ker? Bila saya tengok rumah tu.. Wow,http://www.emocutez.com saya sangat suka, selesa dan murah.


 Lepas aje keluar dari rumah t, saya senyum aje sampai telinga.http://www.emocutez.com Memang ketara sangat sampaikan partner saya cakap, saya boleh balik kampung dengan hepi sbb masalah rumah dah setel. Actually memang saya sangat hepi seperti hepi bila tesis dah siap binding. Pipi naik kembang aje... http://www.emocutez.com


Lepas ni, saya kena bayar dua rumah sewa, tht's why saya harap sngat rumah kedua ni murah aje. Rumah sewa dah setel, sekarang duk berdebar untuk praktikel pula. Mmg lah dulu dah pernah praktikel, tapi kali ni tempat lain. Ya Allah, mudahkanlah saya. Amin.. http://www.emocutez.com



Thursday 7 April 2011

??? datang jupe saya 

Assalamualaikum...


Kenapa hari ni saya hepi sgt? hehehehe... Ari ni family saya datang jenguk saya kat UM ni. Eiii mcm duk hostel aje dtg jenguk2.  Sebenarnya, kebetulan ada urusan kat KL, jadi terus lawat saya. Lepas setel urusan, family saya terus dtg kat saya. Kebetulan masa tu dah tengah hari,.. Time 4 LUNCH!!! oye oye.. Sukanya saya. Dapat mkn free. Saya ajak family saya dtg mkn kat Fak Law sbb itu le tempat mkn terdekat dan mudah untuk saya ajak.  


Lepas dah dapat mkn tetibe, si bongsu nak pergi tandas. Alahai... saya bukan tau sangat Fak orang ni.. Saya tny org mana toilet terdekat, Ya Allah sgt jauh.. Si bongsu ni pula wat saya jadi kalut, "kak Long cepat... x leh tahan!!" saya pun  maraton la dekat Fak Law. Tapi lepas tu sempat lagi saya ajak si bongsu bergambar.

Yang kelakarnya, masa ni si bongsu duk risau x boleh makan nasi. Dia kata, " kita x makan nasi lagi ni, habislah." saya usik lah dia " xpelah x boleh mkn pun." hehehe muka dia dah cuak dah. Maybe lapar kut, sbb tu dia risau sangat.


Lepas lunch, saya minta nak amek gambar sume org. Ma mcm xmau sbb panas sgt waktu tu. Tapi layan juga le permintaan saya ni. Kesian sangat kut. Abah sempat bg semangat kat adik, " ha.. mana tau ambil gambar kat sini lepas ni masuk sini ambil akaun." 



Tapi abah ni duk jauh la pula. Kenapa agaknya???? Yg saya geram, masa nak amek gambo ma sempat lagi cakap, baru beli baju ni. Rupanya baju coklat tu baju baru.. Xpe, saya pun ada bagi kain nak buat baju kurung. Nanti nak wat pegi ngajo. Hahahaah Time nak berpisah memang x besh kan? Tapi dah tua, x payah lah wat drama air mata, lagipun saya dapat biskut diet. Ma cakap salah beli. Xpe lah saya makan aje lah. hahahah

Wasalam

Thursday 31 March 2011

" GIVEAWAY PERTAMA PEONY PINKY "

Saya saje aje jalan2 kat blog. Tertiba terjumpa banner ni
Berminat???? Sila klik di sini

Saya juga tagged mereka...

hatrap dapat lah hadiah

Thursday 24 March 2011

Sedihnya saya

Assalamualaikum... http://www.emocutez.com


Saya nak kongsi kisah saya. Saya tengah sedih ni. Makan char kuey teow pon x senyum.http://www.emocutez.com Td kawan saya cakap senior kami x dapat posting. Rasa macam ada batu atas kepala. Sebab tu lah saya rasa sebak semacam aje petang td. Rupanya dapat bad news. Orang mesti hairan kenapa sedih sangat? Saya sedih sebab saya pun akan jadi cikgu. Tapi bila dapat tahu senior memang dapat berita x dapat posting sebab dah penuh, mesti saya rasa sedih. Semester ni semester saya yang last. Saya ambil bidang pendidikan, tapi x tau nak minta mana. Betul ke cikgu dah ada lambakan? Kalau macam tu bagi peluang dekat lepasan PENDIDIKAN PURE ajelah.http://www.emocutez.com Xperlu bagi peluang kat orang lain. Kami x dapat jadi akauntan, kami x dapat jadi lawyer, kami hanya terhad kepada bidang ni. Tolong jangan kacau 'kawasan' kami.


Air mata sedih n geram


Memang saya down giler bila tahu pasal ni. Memang xde mood nak buat kerja. Sepatutnya saya siapkan surat yang penting untuk program persatuan saya. tapi, entahlah, mood dah terbang ke mana.http://www.emocutez.com Kosong~~~ Dah x boleh senyum dah... Haa nanti cepatlah bertambah kedut. Sekarang ni kena pikir apa nak buat ni. kena prepare untuk masa depan lah. Xnak jadi penganggur terhormat. X bangga langsung. Kena kreatif.. Kalau setakat belajar tinggi tapi kerja dapat seciput, x perlu masuk U. Buat habis duit aje n habis masa. Saya cuma harap rezeki saya n kawan saya murah. Ya Allah, dengarlah rintihan hati saya, kawan2 dan senior saya.


Saya kena lawan & topup semangat saya. Tadi pandai saya nasihatkan kawan saya, " kita x nampak apa masa hadapan. Kita kena usaha dan buat terbaik sekarang." Tapi sebenarnya saya pun x kuat. Xpe sekurang2nya kurang orang yang down. Dapat pahala, murah rezeki.

Monday 21 March 2011

Our Memory Photo Contest

Ni kontest lain pulak saya join...

Ni pula linknya Tekan

Ni pula gambar yang saya pilih... hehehehe.. 

Kenapa pilih gambar ni??
Sebab pilih gambar ni : ni trip terakhir kami budak rumah sewa. lepas ni dah x jumpa
Insan terpilih 






Sunday 20 March 2011

Status FB & Tesis

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya baru aje duk tengok Facebook. Sekarang ni kan tempoh kritikal nak hantar assignment dan tesis. Mcm saya 7 kwn yg 4th year ni mmg sibuk dengan tesis & assignment.Ada lah kawan2 saya yang update status FB mereka duk cerita pasal tension, malas dan mcm2. Lg menarik bila ada yg menyokong. Saya pun sama lah. Mana blh x tension? Ni markah tau. Sebenarnya bagus juga kwn2 saya update status mcm ni. Blh lah saya sedo diri sikit. Mcm yg terbaru ni, kwn saya countdown masa hantar tesis.
Bagus x?? jd, saya tahu hari ni, lg 25 ari nak anto tesis. Bab 4 saya x sentuh lagi ni. Ayoyo...
Ada juga kawan saya yang update perasaan dia duk nk lawan malas dan kena tahan sabo nak tengok citer. Jom lah tengok ..
Jangan ikut dia ni. Ada ke malas buat kerja... Tapi, bila saya tengok status mcm ni, mulalah saya honeymoon. Teruk betul.

Ni status yg buat saya jeles. Dia dah melangkah ke depan ket.. Takpe saya kena usaha.. Bersemangat!!! Jadikan cabaran & motivasi.
Kesian... tulah sape suruh tangguh??? Kan dah kena asingkan diri.. Saya nk stop dah. Nak ngadap jurnal yg menunggu. Duk lambai2 dah ni. Minta kita baca lah tu...

Sekian~~~

Saturday 19 March 2011

"Contest Adik- Beradikku yang Cute"

Assalamualaikum.. 


Atas nasihat sorang teman blog, fieda. Saya cuba try join contest ni.Mcm best pulak contest ni.. 
sila ke link Contest untuk join.. 


boleh juga klik banner ini

Dan... ini pula gambar yang saya pilih...
Nak tahu kenapa saya pilih gambar ni? Sebabnya adalah gambar ni sebenarnya masa uja rintik2. Ni gaya adik2 saya yg tengah ubat kesedihan sebab baru hantar ma dan abah pergi naik kapal terbang p mekah. Konon nak tunjuk gagah kat adik2 yg lagi muda tapi kat lapangan terbang dah puas nangis. Tu la pasai pakai baju kurung kat pantai. 
Ni pula mangsa tag saya :
Tatatata...





Contest di Blog

Assalamualaikum.. http://www.emocutez.com


Saya baru aje tengok2, ziarah2 blog org. Saya tengok org buat contest. Konfius saya http://www.emocutez.com, knp buat contest? Saya nak join contest tp x taw la knp sy x join. Tapi saya mcm nak tau kelebihan contest ni kat tuan punya blog dan kat yg join. (opkos dt hadiah). Mesti org kata aku kolot sbb lambat tahu perkembangan. Tapi kan bagus  kalau ada yang sudi cerita  kat saya. Saya suka. Kalau nak kutuk pun kena la terima, nak buat macam mana. http://www.emocutez.com


Adeh.. Nak join la contest tapi x tau la. Saya x sure apa yang halang saya join. Saya mmg baru sangat main blog dan jarang nak buka blog ni. Tapi bila tengok orang buat contest mcm minat. Kena kumpul semangat.


Harap ada yang sudi cerita. Kawan kat sekeliling saya pun x taw. Kami x terdedah dgn dunia blog walaupun dah tua. Keh Keh keh..


Sekian ------- http://www.emocutez.com





Thursday 17 March 2011

Allah panggil dah tuk

Assalamualaikum... http://www.emocutez.com


Dah lama saya x tulis kat nota kecil saya ni. Baru2 ni saya bizi dgn urusan keluarga. Tuk (nenek) meninggal dunia. Saya dapat berita ni masa saya duk kat KL. Kebetulan adik saya Kay dtg ke rumah saya dan nak tidur kat rumah saya. Adik saya call Kay masa Maghrib. Dia ckp tuk dah xde. Rasa macam x percaya. Lepas tu saya terus minta tolong kawan saya carikan tiket. Kebetulan dia duduk x jauh dari Hentian Putra. Lepas Isyak, saya dan Kay bertolak nak ke Hentian Putra.


 Masa nak beli tiket LRT, kawn saya call saya dan ckp tiket dah habis. Oh tidaaaak.. macam mana nak balik? Selepas tu dia ckp balik pagi esok la. Kalau balik pagi besok, x sempatlah dgn tuk. buat apa?? Pastu saya tekad nak balik juga. Kawan saya tu call lagi, dia cakap ada bas tapi sampai Dungun sahaja. Kalau macam tu jauh, sape nak amek kami kat Dungun? Tapi, x sampai beberapa minit, kawan saya beritahu ada bas ke Kuala Terengganu tapi pukul 10. Masa tu dah pukul 9 lebih. Kami pun beli tiket LRT. Masa duk tunggu LRT, tiba2 saya terfikir baik naik teksi lagi cepat. Saya dan adik terus cancel tiket LRT dan ambil teksi.


Pakcik teksi tahu bas kami pukul 10, jd dia mmg speed la. Tapi nak sampai dekat PWTC sangatlah jammed. Ada Matta Fair la. Pakcik tu cakap kalau lagi 4 minit teksi langsung x bergerak, jalan aje dari sini. Tapi teksi boleh juga la gerak. pakcik tu sangat baik dengan  kami, dia masuk ke tempat parking nak elak jammed. Alhamdulillah saya boleh naik bas.


Sampai kat rumah saya, terus saya pergi tengok jenazah tuk. Rasa macam x percaya. Saya dapat tengok urusan memandikan jenazah tuk. tapi x berani nak buat sebab takut x cuci. Xpe lah, biar anak2 tuk yang mandikan. Saya x menangis pun masa tahu tuk dah xde. Tapi bila nak cium tuk rasa sedih. Tapi saya x nangis juga, kesian tuk. Tuk selamat dikebumikan jam 10 lebih. Masa tu hujan renyai2. Tapi sekurang2nya urusan dah selesai.


Al-Fatihah buat tuk

Thursday 10 March 2011

Kehidupan di Kolej Bestari

Assalamualaikum  http://www.emocutez.com


Dulu, masa saya kecil lg, saya x boleh bayang pun saya blh masuk U. Dulu, kalau saya tengok org masuk U mesti dlm kepala saya kata "WOW". Alhamdulillah saya pun ada rezeki masuk Universiti Malaya. Skrg, dah hampir 8 semester saya di UM http://www.emocutez.com. Saya blh tambah kwn dari bnyk negeri dan juga kwn dri negara jiran.
4th Collage.. AUMM


Kehidupan saya di UM sebagai penghuni kolej hny 2 semester. Saya krg aktif, sbb  tu org x mau terima saya. Saya join sikit saje aktiviti kat kolej. Yang saya paling ingat, saya tidur lewat sbb tunggu nasi lemak untuk sahur. Masa tu saya ahli kelab usahawan. Saya pun dah lupa nama kelab. Petang2 saya dan kawan saya, Thah, jual kuih. Masa tu xpula rasa letih, padahal puasa. Saya cuma kurang seronok kena tunggu nasi lemak sampai pukul 2. Saya nak tidur lah http://www.emocutez.com
 


Pengalaman yg paling saya hepi ialah masuk nasyid Feseni. Sonok sgt buat latihan dgn kwn2. Jurulatih nasyid saya masa tu sgt best. Walaupun, kdg2 dia garang tapi bertempat. Saya dan kwn2 pernah kena marah sbb buat keputusan tanpa tny dia. Saya pun nangis sbb x boleh tengok org nangis + tkt juga tengok cikgu nasyid saya ni terasa ati.  Masa join nasyid ni, saya blh kenal dgn kwn2 dari kolej 9 dan 11. Kami joging sama2, men sama2. Terima kasih cikgu dan kawan2 nasyid sbb bg kenangan best.


Yg lain saya kurang ingat sbb x best kut, atau saya ni dah jadi pelupa? Minggu orientasi mmg sy ingat. Tapi saya x ingat pun dgn siapa saya pernah bercakap. Sbb masa tu saya kejar masa dan sgt penat. Saya sebenarnya suka sgt masa lawan cheers antara kolej. Lepas tension tau. Cuma saya x lah hilang suara mcm kawan2 lain. tapi lpas minggu orientasi tu, saya batuk2 dan demam juga. Mungkin terkejut tiba2 aje relaks slp kena lalui masa yg sangat memenatkan. Saya dan kwn2 kena pakai baju yg sama selama seminggu. Cuba bayangkan betapa rimasnya saya?  Tapi jgn fikir saya dan kwn2 masa tu x mandi. Kami ada peluang mandi & solat berjemaah http://www.emocutez.com.  Walaupun sekejap aje, tapi kenangan tu x dpt saya luah di nota kecilku ni. Terlalu banyak kenangan yg saya lalui setiap hari.


Rumate saya Besh
Haa masa duduk kolej, saya sangat benci dgn annoncement. Especially, pg hari minggu. Kacau tido aje http://www.emocutez.com. Saya dan rumate mmg bengang dgn annoncement ni. Kebetulan saya dpt rumate yg best, Fanah & Lai. kami bertiga geng anak sulung. Tp karekter kami sgt beza. Saya, Fanah & Lai akan mkn sama2 kalau ada peluang. Tapi mmg kbnyakan masa kami mkn bersama. Saya tengok kdg2 org lain x blh nk join dgn rumate. Tapi saya sonok dgn rumate saya.  Korang mmg best. Muah