Thursday 17 March 2011

Allah panggil dah tuk

Assalamualaikum... http://www.emocutez.com


Dah lama saya x tulis kat nota kecil saya ni. Baru2 ni saya bizi dgn urusan keluarga. Tuk (nenek) meninggal dunia. Saya dapat berita ni masa saya duk kat KL. Kebetulan adik saya Kay dtg ke rumah saya dan nak tidur kat rumah saya. Adik saya call Kay masa Maghrib. Dia ckp tuk dah xde. Rasa macam x percaya. Lepas tu saya terus minta tolong kawan saya carikan tiket. Kebetulan dia duduk x jauh dari Hentian Putra. Lepas Isyak, saya dan Kay bertolak nak ke Hentian Putra.


 Masa nak beli tiket LRT, kawn saya call saya dan ckp tiket dah habis. Oh tidaaaak.. macam mana nak balik? Selepas tu dia ckp balik pagi esok la. Kalau balik pagi besok, x sempatlah dgn tuk. buat apa?? Pastu saya tekad nak balik juga. Kawan saya tu call lagi, dia cakap ada bas tapi sampai Dungun sahaja. Kalau macam tu jauh, sape nak amek kami kat Dungun? Tapi, x sampai beberapa minit, kawan saya beritahu ada bas ke Kuala Terengganu tapi pukul 10. Masa tu dah pukul 9 lebih. Kami pun beli tiket LRT. Masa duk tunggu LRT, tiba2 saya terfikir baik naik teksi lagi cepat. Saya dan adik terus cancel tiket LRT dan ambil teksi.


Pakcik teksi tahu bas kami pukul 10, jd dia mmg speed la. Tapi nak sampai dekat PWTC sangatlah jammed. Ada Matta Fair la. Pakcik tu cakap kalau lagi 4 minit teksi langsung x bergerak, jalan aje dari sini. Tapi teksi boleh juga la gerak. pakcik tu sangat baik dengan  kami, dia masuk ke tempat parking nak elak jammed. Alhamdulillah saya boleh naik bas.


Sampai kat rumah saya, terus saya pergi tengok jenazah tuk. Rasa macam x percaya. Saya dapat tengok urusan memandikan jenazah tuk. tapi x berani nak buat sebab takut x cuci. Xpe lah, biar anak2 tuk yang mandikan. Saya x menangis pun masa tahu tuk dah xde. Tapi bila nak cium tuk rasa sedih. Tapi saya x nangis juga, kesian tuk. Tuk selamat dikebumikan jam 10 lebih. Masa tu hujan renyai2. Tapi sekurang2nya urusan dah selesai.


Al-Fatihah buat tuk

0 teguran:

Post a Comment