Showing posts with label Kawan Saya. Show all posts
Showing posts with label Kawan Saya. Show all posts

Friday, 29 July 2011

Hari Terakhir di KL

Assalamualaikum.. Dah lama saya tak mencoret di sini. Banyak perkara yang nak disetelkan. Alhamdulillah Allah bantu saya dan mudahkan saya setelkan segala urusan. Saya berjaya buat praktikal dan setelkan report praktikal walaupun jiwa sangat kacau. Saya boleh join program dan setelkan report dan alhamdulillah pihak HEP luluskan report tu... Bukan senang tu...


Sebelum pulang ke kampung halaman, saya habiskan masa dengan kawan saya dan pergi shopping. Saya ni student lg, jd shopping pun sekadar mampu tp saya puas. Yg saya plan nak beli sebenarnya lain, tapi terbeli pula menda lain. Jd, TERRRRRlari lah bajet saya. Oh tidaaaaakkkkk pembaziran telah berlaku. Sape suruh tak ikut bajet?????  Mula2 sekali saya cari shawl kaler biru, dannnnn saya jumpa yg saya berkenan. Tapi bila nak cari yang kaler oren, amatlah susah. Nak oren yang ala2 merah tapi jumpa yg kusam. Nasib baik kawan saya ni sorang penyabar, dia ajak saya cari kat kedai lain. Inilah hasilnya...❤
Shawl biru dan oren

Kemudian, saya ikut kawan saya cari kerongsang mak dia. Niat di hati tak mau beli pun sebab mcm tak perlu lagi sebarang kerongsang. Saya jalan2 ikut dia sambil belek2. Tapi nak dijadikan cerita, saya terpandang kerongsang yang cute.. Terus terjatuh hati dan terasa susah nak pilih. Tup2 saya beli juga 2 kerongsang cute tu... Puasnya hati saya.

Kerongsang kiut saya


Yang part last ni, sebenarnya saya dah hampir kecewa sebab saya dah jumpa design yang disukai, tapi kaler pula tak berkenan. Ada yang kalernya cantik, saiz pula yang besar, tak sesuai dengan saya yang saiznya tak cukup.. (sedar diri ini) Masa nak naik LRT tu, saya jenguk la satu tempat, alangkah hepinya saya jumpa juga yang saya berkenan. Saya minta murah, tapi takat tu aje penjual nak bagi. It's ok, I buy. Meh tengok apa yang saya beli.
Handbag yang simple 
Dan, saya dan kawan saya pulang dalam keletihan. Lepas ni nak packing barang nak balik kampung pula. Terima kasih Che Nad sebab bagi memori terakhi yang baik. Assalamualaikum.


Sunday, 15 May 2011

Kuatnya Rindu ini..

Assalamualaikum... Apa khabar semua?? http://www.emocutez.com


Saat posting ni dihantar, saya tengah rasa sunyi mcm nak nangis http://www.emocutez.com. Actually, saya duk jauh dari kawan2 saya skrg ni. Mcm jauh dri family pulak. Rasa sgt nak balik. HUHUHUHU... I feel lonely... http://www.emocutez.com


Disebabkan rasa sunyi, saya pun msg2 dengan adik saya. Duk ngadu nak balik.


Tapi tempat baru ni bkn x best. Cuma suasana baru kut. Bukan saya sorang rasa mcm ni tp kawan2 saya pon sama. Tadi duk usha kat facebook sume duk sedih nak tinggal kawan2. X sangka ikatan kami ni kuat.


Sebelum datang kat tempat baru ni, saya memang rasa susah tidur duk pikir mcm mana dengan tempat baru, kawan baru dan... yg paling penting takut sangat nak berpraktikal sok http://www.emocutez.com. Selamat berjaya kat saya!!!! Kena bagi semangat sikit sbb hati tengah kosong dan kesunyian http://www.emocutez.com.


Lepas ni nak balik KL selalu. Rindu kat teman2. Dah 3 tahun bersama2. Mesti rasa sedih bila jauh. macam adik-beradik dah kami ni. Betul.... saya serius sangat ni.
Kawan-kawan vista saya
Xpe la... nak say tatatata... http://www.emocutez.com








Thursday, 24 March 2011

Sedihnya saya

Assalamualaikum... http://www.emocutez.com


Saya nak kongsi kisah saya. Saya tengah sedih ni. Makan char kuey teow pon x senyum.http://www.emocutez.com Td kawan saya cakap senior kami x dapat posting. Rasa macam ada batu atas kepala. Sebab tu lah saya rasa sebak semacam aje petang td. Rupanya dapat bad news. Orang mesti hairan kenapa sedih sangat? Saya sedih sebab saya pun akan jadi cikgu. Tapi bila dapat tahu senior memang dapat berita x dapat posting sebab dah penuh, mesti saya rasa sedih. Semester ni semester saya yang last. Saya ambil bidang pendidikan, tapi x tau nak minta mana. Betul ke cikgu dah ada lambakan? Kalau macam tu bagi peluang dekat lepasan PENDIDIKAN PURE ajelah.http://www.emocutez.com Xperlu bagi peluang kat orang lain. Kami x dapat jadi akauntan, kami x dapat jadi lawyer, kami hanya terhad kepada bidang ni. Tolong jangan kacau 'kawasan' kami.


Air mata sedih n geram


Memang saya down giler bila tahu pasal ni. Memang xde mood nak buat kerja. Sepatutnya saya siapkan surat yang penting untuk program persatuan saya. tapi, entahlah, mood dah terbang ke mana.http://www.emocutez.com Kosong~~~ Dah x boleh senyum dah... Haa nanti cepatlah bertambah kedut. Sekarang ni kena pikir apa nak buat ni. kena prepare untuk masa depan lah. Xnak jadi penganggur terhormat. X bangga langsung. Kena kreatif.. Kalau setakat belajar tinggi tapi kerja dapat seciput, x perlu masuk U. Buat habis duit aje n habis masa. Saya cuma harap rezeki saya n kawan saya murah. Ya Allah, dengarlah rintihan hati saya, kawan2 dan senior saya.


Saya kena lawan & topup semangat saya. Tadi pandai saya nasihatkan kawan saya, " kita x nampak apa masa hadapan. Kita kena usaha dan buat terbaik sekarang." Tapi sebenarnya saya pun x kuat. Xpe sekurang2nya kurang orang yang down. Dapat pahala, murah rezeki.

Sunday, 20 March 2011

Status FB & Tesis

Assalamualaikum..

Saya sebenarnya baru aje duk tengok Facebook. Sekarang ni kan tempoh kritikal nak hantar assignment dan tesis. Mcm saya 7 kwn yg 4th year ni mmg sibuk dengan tesis & assignment.Ada lah kawan2 saya yang update status FB mereka duk cerita pasal tension, malas dan mcm2. Lg menarik bila ada yg menyokong. Saya pun sama lah. Mana blh x tension? Ni markah tau. Sebenarnya bagus juga kwn2 saya update status mcm ni. Blh lah saya sedo diri sikit. Mcm yg terbaru ni, kwn saya countdown masa hantar tesis.
Bagus x?? jd, saya tahu hari ni, lg 25 ari nak anto tesis. Bab 4 saya x sentuh lagi ni. Ayoyo...
Ada juga kawan saya yang update perasaan dia duk nk lawan malas dan kena tahan sabo nak tengok citer. Jom lah tengok ..
Jangan ikut dia ni. Ada ke malas buat kerja... Tapi, bila saya tengok status mcm ni, mulalah saya honeymoon. Teruk betul.

Ni status yg buat saya jeles. Dia dah melangkah ke depan ket.. Takpe saya kena usaha.. Bersemangat!!! Jadikan cabaran & motivasi.
Kesian... tulah sape suruh tangguh??? Kan dah kena asingkan diri.. Saya nk stop dah. Nak ngadap jurnal yg menunggu. Duk lambai2 dah ni. Minta kita baca lah tu...

Sekian~~~

Thursday, 10 March 2011

Kehidupan di Kolej Bestari

Assalamualaikum  http://www.emocutez.com


Dulu, masa saya kecil lg, saya x boleh bayang pun saya blh masuk U. Dulu, kalau saya tengok org masuk U mesti dlm kepala saya kata "WOW". Alhamdulillah saya pun ada rezeki masuk Universiti Malaya. Skrg, dah hampir 8 semester saya di UM http://www.emocutez.com. Saya blh tambah kwn dari bnyk negeri dan juga kwn dri negara jiran.
4th Collage.. AUMM


Kehidupan saya di UM sebagai penghuni kolej hny 2 semester. Saya krg aktif, sbb  tu org x mau terima saya. Saya join sikit saje aktiviti kat kolej. Yang saya paling ingat, saya tidur lewat sbb tunggu nasi lemak untuk sahur. Masa tu saya ahli kelab usahawan. Saya pun dah lupa nama kelab. Petang2 saya dan kawan saya, Thah, jual kuih. Masa tu xpula rasa letih, padahal puasa. Saya cuma kurang seronok kena tunggu nasi lemak sampai pukul 2. Saya nak tidur lah http://www.emocutez.com
 


Pengalaman yg paling saya hepi ialah masuk nasyid Feseni. Sonok sgt buat latihan dgn kwn2. Jurulatih nasyid saya masa tu sgt best. Walaupun, kdg2 dia garang tapi bertempat. Saya dan kwn2 pernah kena marah sbb buat keputusan tanpa tny dia. Saya pun nangis sbb x boleh tengok org nangis + tkt juga tengok cikgu nasyid saya ni terasa ati.  Masa join nasyid ni, saya blh kenal dgn kwn2 dari kolej 9 dan 11. Kami joging sama2, men sama2. Terima kasih cikgu dan kawan2 nasyid sbb bg kenangan best.


Yg lain saya kurang ingat sbb x best kut, atau saya ni dah jadi pelupa? Minggu orientasi mmg sy ingat. Tapi saya x ingat pun dgn siapa saya pernah bercakap. Sbb masa tu saya kejar masa dan sgt penat. Saya sebenarnya suka sgt masa lawan cheers antara kolej. Lepas tension tau. Cuma saya x lah hilang suara mcm kawan2 lain. tapi lpas minggu orientasi tu, saya batuk2 dan demam juga. Mungkin terkejut tiba2 aje relaks slp kena lalui masa yg sangat memenatkan. Saya dan kwn2 kena pakai baju yg sama selama seminggu. Cuba bayangkan betapa rimasnya saya?  Tapi jgn fikir saya dan kwn2 masa tu x mandi. Kami ada peluang mandi & solat berjemaah http://www.emocutez.com.  Walaupun sekejap aje, tapi kenangan tu x dpt saya luah di nota kecilku ni. Terlalu banyak kenangan yg saya lalui setiap hari.


Rumate saya Besh
Haa masa duduk kolej, saya sangat benci dgn annoncement. Especially, pg hari minggu. Kacau tido aje http://www.emocutez.com. Saya dan rumate mmg bengang dgn annoncement ni. Kebetulan saya dpt rumate yg best, Fanah & Lai. kami bertiga geng anak sulung. Tp karekter kami sgt beza. Saya, Fanah & Lai akan mkn sama2 kalau ada peluang. Tapi mmg kbnyakan masa kami mkn bersama. Saya tengok kdg2 org lain x blh nk join dgn rumate. Tapi saya sonok dgn rumate saya.  Korang mmg best. Muah ❤❤