Friday, 29 July 2011

Hari Terakhir di KL

Assalamualaikum.. Dah lama saya tak mencoret di sini. Banyak perkara yang nak disetelkan. Alhamdulillah Allah bantu saya dan mudahkan saya setelkan segala urusan. Saya berjaya buat praktikal dan setelkan report praktikal walaupun jiwa sangat kacau. Saya boleh join program dan setelkan report dan alhamdulillah pihak HEP luluskan report tu... Bukan senang tu...


Sebelum pulang ke kampung halaman, saya habiskan masa dengan kawan saya dan pergi shopping. Saya ni student lg, jd shopping pun sekadar mampu tp saya puas. Yg saya plan nak beli sebenarnya lain, tapi terbeli pula menda lain. Jd, TERRRRRlari lah bajet saya. Oh tidaaaaakkkkk pembaziran telah berlaku. Sape suruh tak ikut bajet?????  Mula2 sekali saya cari shawl kaler biru, dannnnn saya jumpa yg saya berkenan. Tapi bila nak cari yang kaler oren, amatlah susah. Nak oren yang ala2 merah tapi jumpa yg kusam. Nasib baik kawan saya ni sorang penyabar, dia ajak saya cari kat kedai lain. Inilah hasilnya...
Shawl biru dan oren

Kemudian, saya ikut kawan saya cari kerongsang mak dia. Niat di hati tak mau beli pun sebab mcm tak perlu lagi sebarang kerongsang. Saya jalan2 ikut dia sambil belek2. Tapi nak dijadikan cerita, saya terpandang kerongsang yang cute.. Terus terjatuh hati dan terasa susah nak pilih. Tup2 saya beli juga 2 kerongsang cute tu... Puasnya hati saya.

Kerongsang kiut saya


Yang part last ni, sebenarnya saya dah hampir kecewa sebab saya dah jumpa design yang disukai, tapi kaler pula tak berkenan. Ada yang kalernya cantik, saiz pula yang besar, tak sesuai dengan saya yang saiznya tak cukup.. (sedar diri ini) Masa nak naik LRT tu, saya jenguk la satu tempat, alangkah hepinya saya jumpa juga yang saya berkenan. Saya minta murah, tapi takat tu aje penjual nak bagi. It's ok, I buy. Meh tengok apa yang saya beli.
Handbag yang simple 
Dan, saya dan kawan saya pulang dalam keletihan. Lepas ni nak packing barang nak balik kampung pula. Terima kasih Che Nad sebab bagi memori terakhi yang baik. Assalamualaikum.


3 teguran:

sue perbs.. said...

cantek gak beg tu.. shoping mane? masjid india ke?

hehe.. P/s:klu buang verification utk komen msti senang nk komen kat blog ni.. ^_*

Princess Hippiey said...

hehehehe... bijak2 bijak
terima kasih cdangan tu

missz rukia said...

p shopping xajak pun..huhu

Post a Comment